A hard months for me.

At the end of September, 22nd September to be exact.



Mama patah tangan lepas aku balik dari Kumon. Allahu.

Kami berdua tengah seronok masak di dapur. 

Tiba-tiba hujan ribu buatkan rumah kami ditendang elektrik.

Gelap gelita la rumah masa tu.




Aku pun duduk tunggu di bawah sementara mama kata nak naik atas ambil lampu suluh.

Farid yang betulkan elektrik semula.

Tak lama lepas tu, aku dengar mama panggil nama aku sayu-sayu je.

Aku ternampak dia terduduk di tangga.

Menahan sakit, dia pangku tangan dia.




Ya Allah, kesian. Mama tak dapat nak nangis sebab tahan sakit.

Suara pun macam tiada.

Aku terjerit-jerit panggil suami suruh ambil anak di taska.

Aku dah tak terfikir dah nak sempat ke tak solat asar masa tu.




Bantu siapkan mama pergi ke klinik cepat-cepat.

Waktu ini, memang aku dah fikir 'Ya Allah nasib baik ada orang kat rumah.'

Doktor di klinik suruh kami pergi ke emergency mana-mana hospital terus.

Xray di klinik sudah tutup. Doktor memang betul-betul patah ni.




Aku terpaksa redah jem orang balik kerja dengan nak ke hospital An-nur paling dekat di rumah tu hanya guna 1 jalan sahaja. Jem teruk di roundabout. Rasa cam nak mencarut je.




Jem dekat 30 minit rupanya ada pokok besar tumbang tengah jalan.




Sampai sahaja di bahagian emergency, terus xray dan tunggu jawapan dari MO.

Mahu sahaja aku pergi ke hospital serdang atau putrajaya tapi nak redah jem balik kerja ni memang 5x kali fikir la.




Doktor suruh balik dan datang semula esok pagi untuk jumpa dengan pakar.

Mama harus pakai simen dan backslab di tangan kanan. Rupanya pergelangan tangan mama yang patah.

Kau boleh bayang tak betapa sedihnya orang tua patah tangan.

Bab-bab jatuh ni memang mereka sangat fragile.




Balik rumah mama tidak boleh mandi dan solat seperti biasa.

Menangis dia sebab sakit. Tak tidur lena fikir macam-macam.




Jumpa doktor pakar di An-nur, dia kata perlu heal naturally.

Mama dah lega sebab dia takut sangat nak ambil swab test Covid tu kalau kena admitted.




Tapi pada hari Isnin, mama nak dapat second opinion di Hospital UPM.

Sampai sahaja di hospital, mama disarankan untuk pasang plates.. not just 1, but TWO!

Lepas sesi tarik tangan untuk cuba betulkan position tulang, dan sambung pasang plaster.

Tulang mama masih jatuh. Allahu.




Next appointment, buat CT scan for extra details.

Aku jadi lagi ngilu bila tengok result tulang mama berkecai kepada serpihan kecil.

Sebab tu kena buat surgery and pasang plates and screw.

Kesiannya mama! Aku proceed sahaja sebab aku sahaja waris di sini.




After 3 weeks of back and forth to the hospital,

Mama had her surgery for her fracture.

It takes 3 hours.

I waited her beside her bed.




They managed to do the surgery with full bius.

Luckily takde drama darah tak cukup, mama tak perlu extra dose oxygen.

2 malam teman mama tidur di hospital. 

Suami jaga anak sambil WFH di rumah.


Perlu bantu ambil wudu', mandi, pakai pakaian, makan.

Aku jadi sedih bila mama cakap 'Mama dah perlu kurangkan aktiviti berat, mama dah tak boleh gardening, nak drive pergi kelas agama, nak pergi kubu abang, macam-macam dah tersekat'.




I have to stop doing baking business and my part time job at Kumon.

Mama ada appointment banyak sangat untuk buat fisio and check her osteoporosis.


Aku having a hard time this two months sebab hari tu baru mama patah tangan 2 hari,

Anak aku, Ili Sorfina kena HFMD.

Kau boleh bayang tak, aku penat jaga 2 orang.

Jaga makan minum, jadi ketua keluarga sekejap beli barang, the only person boleh drive.

Farid suamiku tak boleh cuti lama sebab WFH.


Memang emotionally drained out.

Macam-macam kena.

Banyak tapau makan, kena beli bekalan.

Suami aku cakap takpe, jom upah orang datang bersihkan rumah seminggu sekali.

Upah orang datang bersihkan garden mama.

Beli bekalan dapur guna runner semua.

Walaupun camtu, aku tahu suami aku tengah sesak nak kumpul duit.

Bulan ni dah pakai banyak, rawatan anak HFMD je dah dekat RM600.

Mama punya rawatan dah RM6000 lebih.


Aku ambil ikhtibar. COVID makin meningkat pula.


Hari tu, lepas mama dah discharge dari hospital.

Ada drama berlaku dan aku hampir jadi gila.

Macam kena rasuk.

Aku nangis sekuat hati, meraung dan hentak kepala di lantai.

Sebab aku letih sangat.

Bila aku left semua chat group di whatsapp dan iMsg, ramai tanya kenapa.

Aku letih jawap, aku biarkan sahaja berlalu.


Doakan aku kuat.

Comments