Travel tips - Japan during Autumn for a family of 4 (3 adults + 1 infant)

Flight - AirAsia

Mula2 planned nak pergi October time birthday Farid tapi amoi kata Autumn daun merah2 kuning tu tak start lagi. So pilih ticket bulan November. I bought the tickets during March, AA tengah buat seat RM0 tu. Dapat la RM850 per person tapi nak sewa bassinet baby punya pasal, I have to purchased Hot Seat, so jadi la RM1000 ++ per person. Ambil value pack siap2 sebab malas fikir nak beli makanan kat atas nanti & at the same time dapat 20kg baggage allowance.

But, rugi sangat!!!! Ili bukan tidur dalam tu sebab kena pangku jeeeeee.. Alahai baby ni senang terjaga sebab bassinet tu dekat dengan toilet & ramai sangat langkah depan/lalu depan kami padehal tak boleh cross. Terang2 ada sticker bagi warning. Kitorang nak tidur pun tak selesa. Lagipun, time seatbelt switch on during air pocket tu memang kena angkat baby juga dari bassinet :(

So sangat2 la rugi duit. Dia duduk dalam tu untuk main lepas nap je. Tips sesiapa yang plan bawa budak kecik, pergi la time malam. Bawa Ili Sorfina 6 jam flight waktu petang memang la disaster. Boleh pulak tak nak susu sepanjang 6 jam. Waduhhhh kesian la ibu demam kejap sebab bengkak.

Total: RM1388.97 per person including hot seat & bassinet


Insurance

Kami just purchased AA punya je senang & you claimed through AA's website. Terms dia pay & claim later. But kawan suggest ambil travel insurance from Etiqa boleh cover terus kat sana.

Cerita sedih dia, macam kat Ig story... Diri ini terseliuhkan kaki tapi sumpah sakit gila!!!! Sambil dukung ili, memang nak protect dia dari terpelanting ke tengah jalan (luar rumah je pun). Ili terjatuh terlentang akhirnya nasib tak kena bucu pagar rumah tu. Licin sangat lantai marmar & warna hitam dah hampir sama dengan tangga kecil tu dengan jalan besar.

Mula2 ili ngamok masuk stroller tidur terus :( kesian anak ibu ni. Tapi kaki ibu terpaksa gigih jalan ke Ueno Park sebab fikir tak nak bazir 1 hari dah sampai Jepun ni.

At the end, malam je dah bengkak teruk sampai lebam biru menangis naik teksi balik rumah dari Ueno city. Habis la 6,000 yen kat situ haishhhh..

Esoknya rehat di rumah & my sister risau sangat sampai balik kerja naik tren 1 hour from her school and brought me to nearby hospital, habis kat teksi 1,800 yen & medical bills dekat RM1800 (nangis la kat situ sorang2 haha). Nasib ada my sister boleh tolong jadi translator. Habis duit kat xray kaki & farmasi je. Nasib baik tak retak tulang & doktor just bagi koyok untuk legakan lebam. Tak dapat ubat makan sebab breastfeed.

Sambil2 tunggu giliran memang tanya kawan pernah claim kat AA & browse terus website AA cane nak claim.. Kalau boleh semua documents doktor kena bayar lagi in English untuk scan bagi AA.

Nyesal tak habis sebab tak purchase Etiqa travel insurance.


Itinerary

Plan yours as soon as possible so that you can purchase passes sebab ada yang package for 7 days, 3 days.. all passes akan di print date. Jepun ni galakkan kita purchase passes from Malaysia sebab harga lain dari rakyat Jepun dia sendiri. Mostly purchase dari website online terus. So setiap kali masuk gaji sebulan tu beli la pass apa yang perlu.

Since trip ni bawa baby kecik & orang tua, memang fikir dari awal itinerary tu tak semestinya ikut la. Memang nak jalan2 sightseeing no rush at all.


ORIGINAL ITINERARY:
10 Nov - Arrived at Haneda Airport
11 Nov - Asakusa, Sensoji Temple
             - Ueno Park
             - Akihabara, lunch
             - Don Quijote
12 Nov - Meiji Shrine
             - Yoyogi Park
             - Harajuku, lunch
             - Shinjuku Gyion Park, shopping
             - Shibuya, shopping, crossing & Hachiko
             - Tokyo Tower, dinner
13 Nov - Yanaka Ginza Street
             - Nippori (Noritake dishware) / Kappabashi
             - Tokyo Emperial Palace
             - Activate JR Pass today
14 Nov - Check out Airbnb at Koiwa
             - Lake Kawaguchiko Mt Fuji
15 Nov - Osaka, Dotonbori
             - Tempozan Ferris Wheel
16 Nov - Arashiyama Bamboo Grove
             - Fushimi Inari
             - Nishiki market
             - Gion
17 Nov - Nara Park
18 Nov - Balik Tokyo
             - Odaiba
             - Rikugien Garden
19 Nov - Last minute shopping
             - Haneda Airport balik Malaysia


MODIFIED ITINERARY:
10 Nov - Arrived at Haneda Airport. Chech in AirBnB in Koiwa, Tokyo.

11 Nov - Ueno Park and lunch sandwich. Went to 0101 mall to shop & toilet break. Amoi pergi tapau  dinner nasi ayam ala2 kenny rogers di China Street kat kedai pak arab mana tah.

Patutnya plan nak dinner Yakiniku di Asakusa tapi kaki bengkak tak tahan nak jalan dah.

12 Nov - patut pergi banyak tempat kan tu? Tengok2 kena rehat di rumah sebab sprained my ankle. hermmmmmm kan aje. Pergi hospital with amoi then dinner at Koiwa station

13 Nov - baru la dapat pergi Asakusa Temple, Don Quijote, lunch a Origami Halal restaurant & makan Strawberry mochi.

14 Nov - Dengan ada nya service cikgu Jojo, baru la dapat puas berjalan banyak tempat. Tengok Mt. Fuji di Lake Kawaguchiko, singgah Natural Living Centre Kawaguchiko, cruise, lunch di Aladdin Indo restaurant, pergi Oshino Hakkai Village and shopping di Gotemba Premium Outlet. Spent 45,000 yen total for driver, sewa private van for 4 people, hantar sampai ke rumah amoi

15 Nov - Pergi Osaka patutnya nak berjalan2, tengok2 sampai je Umeda terus rehat tak kemana

16 Nov - Pergi Kuromon market & shopping mall je. mana la nak jalan kyoto cam dah plan tu, dah la fushimi inari jauh gila dari bamboo grove, kena panjat tangga bagai memang tak la dengan bawa stroller ni with mama sakit kaki kan

17 Nov - Dapat la pergi Kyoto, Arashiyama Bamboo Grove. Patut nak singgah Dotonbori tempat amoi tidur hostel sambil shopping. hermmmm tak dapek la. Tak pergi Nara park because Ili flu & tengok deer je memang malas la. Dengan busuknya. Pergi zoo di Ueno lagi best

18 Nov - Nasib la sempat nak pergi Kaiyukan Aquarium weh. Tapi teringin sangat nak naik ferris wheel tu dah dekat sangat semua tempat ni jalan kaki.

19 Nov - ni je la yang menjadi, patutnya pergi shibuya awal2 kan.. tengok2 hari ni baru dapat jalan sini haha

*beriya okay nak pergi USJ, tapi tak pergi pun sebab fikir kesian nak tinggalkan ili kat mama
*apa2 pun kalau last minute nak beli passes ke enterance museum ke apa2, purchase je kat Klook


Passes

  1. JR Pass 7 days (beli kat JTB Malaysia) siapa yang plan nak pergi Osaka, Kyoto, Nagoya, Tokyo within 7 days berbaloi
  2. Kansai Thru Pass 3 days (beli kat JTB Malaysia) for transportation & certain attractions je.
  3. If nak pusing Osaka & masuk semua attractions for free better beli Osaka Amazing Pass) tapi aku tak beli sbebab tahu tak kan sempat nak keliling semua tempat
  4. USJ pass leh tengok kat JTB Malaysia jugaaaa.. Jepun ni kena beli siap2 kat Malaysia, sebab kat sana counter dia tak jual kat tourist & harga pun jadi lain
* klik je link JTB tu untuk tengok details harga & how to use the pass sebab harga ikut currency semasa


Airbnb

Kami pilih certified host sebab kat jepun dah tak bagi buat Airbnb, only yang certified and ada license number je dia bagi. Leh masak, cuci baju, tengok tv, nak lepak secara privacy semua selesa la.

Book la awal2 ok sebab memang selalu penuh while hotel leh book thru booking.com or agoda.

Certain owner minta gambar passport, itinerary & flight details. Bagi aje la untuk record diorang je.

Total:
Tokyo - RM1637.84 for 4 nights
Osaka - RM1202.51 for 3 nights


Pocket WIFI
Rent kat Travel Recommend, leh pick up and return di KLIA2 or KLIA. So far no problem for me. Purchase kat website dan bayar siap2 je. Nak flight baru ambil kat diorang. Certain orang suka pakai sim card. Dua2 mudah. Kami malas nak tukar nombor pastu nak share internet beramai2 pulak kan. Kalau phone sorang dah kong, sorang lagi leh tolong google maps masa emergency ke apa kan

Total: RM438 but will get refund RM200 after 7 days


Passport
Passport masih valid. Just spend kat passport Ili Sorfina je RM100 untuk 5 tahun bagi kanak2 bawah umur. Visa ke Jepun tak perlu ya.


Emergency number & address
Please please pleaseeeee save number atau tulis kat mana2:

Malaysia Embassy
Police
Ambulance
Accommodation owner


Currency
Tukar la duit sikit2 every month bila dah dapat gaji tu lepas dah habis bayar passes and other stuffs tu. Currency selalu bertukar dan ikut tempat money changer juga. Ada yang murah & ada duit kecik 1000 & 5000 yen. Most of them offer 10,000 yen haishhh tak best

Total: RM8000 cash for us one family (me, farid and ili) while mama bawa RM5000 cash

Dalam debit card ada RM2000 per person incase emergency tak cukup duit. Jangan lupa activate kat ATM / website online banking untuk international use.

Well that's it I guess! haha sorry kalau tak complete atau tak faham. You can always ask me personally kat DM ig : @syzwnianuar or FB: @syazwani.anuar :)

Comments