My little dobot is 6 months

Hello~

I know... dah lama sangat menghilang. Since Ili 3 months old memang sangat huru-hara hidup ibu ni haaaa

Masa Ili 3 to 4 months memang ambil masa juga nak kenal perangai dia, since sekarang ni ramai cakap pasal ibu-ibu kerja dan suri rumah demi anak-anak. Diri ini pun ingin share juga pengalaman sendiri tapi bukan nak bias mana-mana pihak tau.

For those yang tahu aku kerja mana dulu masa pregnant kan si Ili ni, punya bersangka ini adalah kerja idaman ku kerana dekat dan mudah nak pergi kerja. Tetapi disebaliknya banyak benda-benda buatkan aku rasa tak selesa nak kerja sana lama-lama (macam confirm je kerja lama kah kah kah dah la buat hal selalu.)

Aku ingat tamatkan tempoh SL1M GEES Petronas awal sebulan sebab aku sangkakan rezeki aku dapat kerja baru dan jamin masa depan. Rupanya tidak. Bila dah beranak, baru aku faham kenapa bukan takdir aku nak bekerja sana.

  1. Suami sendiri tak nak aku hantar anak ke taska / pengasuh sebab dia fobia sangat dengan kes sekarang ni. At the same time tak nak susahkan mama aku.
  2. Ili adalah baby yang high demand (sila google) yang perlukan perhatian penuh dari orang rumah ni selalu supaya dia tak jadi sawan tangis. Mungkin kalau hantar kat taska abang Isa Amsyar dulu, mau baby sitter nak jaga 1 hari je (hahaha takut tak tahan ili nangis menjerit meraung sampai takde suara nafas apa semua).
  3. Alhamdulillah suami kata selagi dia mampu, dia boleh je sara family ni.
  4. Mungkin bila Ili dah besar aku boleh sambung bisnes baking aku semula kan? (rindu tau)
  5. Kalau in the future, aku perlu tolong suami.. aku sendiri tak kisah nak kerja apa jua pekerjaan (rindu nak masuk ofis dapat duit sendiri..) also mungkin takdir nak sambung baking. Either one la kena pilih.

Still sekarang ni, aku masih submit resume kat banyak company tapi nak buat macam mana 1 pun tak panggil interview sebab masa zaman aku grad degree musim orang takde duit nak ambil pekerja baru dan tengah downsizing pekerja pulak. Takat aku nak buat servis grab? Nak baking susah sebab ili jenis tidur 30 minit je setiap nap tu pun bangun kalau tak meraung menjerit nak tenteramkan aje dah ambil masa. Hanya family aku je sabar dan boleh tahan also faham dia nak apa.



Allah nak uji :)

*lagi beberapa hari je lagi ili nak 6 bulan, dah boleh start solid food yayyyyyy! Tapi kena tengok ili akan sihat betul-betul. Dah berapa hari dia flu, batuk berkahak sampai kena neb hari tu.. Doakan ili sorfina cepat sihat yeeee

Comments