My first Umrah, 2017 (finale)

Selain tawaf, saie dan pergi Masjidil Haram, kami ziarah tempat-tempat sunnah. Gua Thur adalah tempat Rasulullah SWT bersembunyi dari musuh yang attack di rumah beliau. Gua tu sangat kecil dan tersorok di sebalik bukit tu (rujuk gambar).



Nampak tak orang-orang hiking pergi ke Gua Thur



Lepas tu kami ke Jabal Rahmah, iaitu di timur Padang Arafah di Kota Mekah, Arab Saudi, inilah 'Bukit Kasih Sayang' yang diyakini menjadi titik pertemuan antara Nabi Adam AS dan Siti Hawa setelah diturunkan dari syurga oleh Allah SWT. Selain itu, bukit ini menjadi tempat diturunkannya wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW tatkala Beliau melakukan Wukuf dan tak berapa lama kemudian, Rasulullah SAW dipanggil menghadap Allah SWT. :(





Tugu dimana tempat Nasi Adam AS dan Hawa bertemu di Bumi



Us, my family ❤


Mak Ngah with Mama after our 3rd Tawaf

Bestnya dataran Kaabah tak ramai!

My hensem botak husband

Puncak Bukit Safa

Lampu hijau tempat lelaki berlari anak

Safa & Marwah, Saie

Hijir Ismail, bawah pancuran emas

French Jilbab 2 pieces memang best, easy & tak panas. Beli la kat sis Rotkappchen



Ada one night, Mama ajak pergi cari Nasi Arab dekat mall. Masing-masing tak rindu makanan Malaysia sebab kat hotel memang sentiasa dihidang makanan melayu haha chef nya orang Indonesia tapi menu macam nasi goreng, bihun goreng, terung berlado. 

Maka, 1 malam tak dinenr di hotel. Kami menikmati nasi arab. Rupanya 1 pinggan memang banyak! Share 3 orang pun takpe sebenarnya. Aku mencari kebab tapi takde. Nasib baik lepas solat isyak terus pergi foodcourt, memang penuh lepas tu. Aku paling suka tengok restoran tulisan arab tu. Haha unik! Tapi takde la nak makan atau teringin minum starbucks sana ke apa. Memang mahal. Cukup la minum air zam-zam everyday. 




On the last day, aku dan Farid pergi ziarah Kaabah for the last time before Tawaf Selamat Tinggal. Tawaf Wada' orang kata. Lepas je buat tawaf ni, tak leh dah bergambar nak singgah mana-mana ke apa. Kalau tidak, memang batal Umrah kita. Tawaf Wada' ni tidak perlu buat Saie dan juga tak yah pergi niat dengan miqat.

Farid kata time ni nak bergambar ke try solat sunat mutlak kat Hijir Ismail ke jom la try. Aku memang pasang niat nak sentuh Hajaratul Aswad tapi memang sukar nak pergi cium. Faham-faham la orang bergelut gila-gila. Mungkin bukan rezeki aku sebab Mama ada cakap kena la buat solat sunat Hajat tiap-tiap malam semua. Yang penting dapat peluang sentuh batu-batu asal Kaabah tu sendiri :) Baru aku nampak batu tu susun macam mana disebalik kain hitam wangi tu. Seronok! Dapat cium kain Kaabah harum kasturi tu pun dah cukup bermakna! Kalau boleh nak peluk cium menangis kat situ sejam. Cukup la dapat berdoa banyak-banyak bawah pancuran emas tu. Kita bagi peluang untuk orang lain. 

Akhir sekali, aku tak sangka masa ke arah pintu emas Kaabah.. waktu tu kosong! Aku dapat peluang untuk sentuh dan ambil gambar. Doa jangan lupa okay? Situ pun mujarab untuk berdoa. Terpegun, terpesona, speechless la! Cantik dan megahnya Kaabah depan mata aku ni.




This is the end of my Umrah story :) If you wish to ask anything, please email me at syazwani.anuar@gmail.com for preparation or whatsoever. My advice is it is never too late to go to Rumah Allah SWT, jangan tunggu ready baru nak pergi ye. Mati pun tak tunggu kita walau sesaat pun tau. Ingat tu. Kalau dah mampu pergi keliling dunia, kenapa tak pergi Tanah Haram? Ada hikmah Allah bagi aku rezeki sampai sini dulu masa usia masih muda. Sebab tu rezeki cahaya mata tak sampai lagi kepada aku. Time ni la kita tawakal dan serah padaNya. Kat sana nanti kau akan rasa macam mana kat sana, memang lain dan luar biasa. Perkara-perkara yang pelik ke apa-apa, aku tak mau cerita sini. :) kita cerita yang baik-baik je 

Comments